Pages/new layout

Friday, March 25, 2011

Pantun Nasihat Hiburan Sekeluarga

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai dibawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati


Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa


Air melurut ketepian pantai
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk


Daun sorih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi


Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikr
Supaya jangan mendapat malu


Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh kebawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah


Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Saturday, December 25, 2010

Proton Roadshow (Jelajah 1 Malaysia) 2010

proton jebat

proton tuah

proton lekiu

proton kasturi


proton lekir

proton satria neo s2000 (rally art)


proton satria neo r3 concept
proton emas (concept car)
proton emas (lotus design)


kartun hiburan jenaka keluarga

bahasa

rojak

guru sukan

hantaran

mknan merbahaya

guru oh guru

Iringan Doa2 apabila mengakhiri Tahun 2010, dan memulakan Tahun Baru 2011.

kepada Smail FamilyShips






Assalamualaikum wmbt.

  DUA PULUH SEPULUH, bakal ditinggalkan, hanya tinggal lagi 5 hari kita akan meninggalkan zaman 2010, meninggalkan kenangan lama,sejarah hitam, peristiwa buruk dan kini mulakan alam yang baru, bak kata pendek, buka buku baru, buku lama simpan as memory. Pejam celik-pejam celik, DUA PULUH SEBELAS, bakal menjelma, usia juga kian meningkat., apatah lagi jangkauan masa hidup di dunia pun belum tahu, Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. "Kita Hanya Merancang, Yang Menentukan Segalanya Adalah Allah s.w.t". Apabila tibanya tahun baru,hendaklah kita berniat yang baru untuk masa hadapan supaya lebih cerah, diperbanyakkan rezeki, panjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan tidak teragak2 untuk membuat kesimpulan diri sendiri. Disini Smail Familyships akan memberi sedikit doa2 akhir dan juga awal tahun. 
Dengan Iringan doa: Semoga Allah menerima taubat kita dan
menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa dan beramal soleh.

Amin

Doa Akhir & Awal Tahun
DOA Akhir Tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Berikut ialah doa akhir tahun:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, wahai Tuhanku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya dan Engkau berlembut tidak mengazabkan aku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka aku memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

Doa Awal Tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharam
Berikut adalah Doa Awal Tahun:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, sedia ada, tiada permulaan.
Kelebihan-Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, aku mohon kepada-Mu agar terpelihara di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Aku juga bermohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Aku mohon juga kepada-Mu akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diriku kepada Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia, Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.




Smail FamilyShips ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semoga di tahun yang baru ini akan memberikan kita kejayaan dan dimurahkan rezeki. Amin.
۩۞۩۩۞۩:: Happy New Year :: ۩۞۩۩۞۩

Sejarah Awal Kedah Darul Aman


Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan NegeriChina di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang PasuKota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Maravijayottunggavarman berdasarkan pahatan padaLarger Layden Plates sampai pada masa Sangrama Vijayottunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.

peta negeri kedah, jelapang padi, kemegahan kami.


Sultan-Sultan Kedah
BilSultanPemerintahan
1Sultan Mudzafar Shah I1136 - 1179
2Sultan Mu'adzam Shah1179 - 1201
3Sultan Muhammad Shah1201 - 1236
4Sultan Mudzaffar Shah II1236 - 1280
5Sultan Mahmud Shah I1280 - 1321
6Sultan Ibrahim Shah1321 - 1373
7Sultan Sulaiman Shah I1373 - 1422
8Sultan Ataullah Muhammad Shah I1422 - 1472
9Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I1472 - 1506
10Sultan Mahmud Shah II1506 - 1546
11Sultan Mudzaffar Shah III1546 - 1602
12Sultan Sulaiman Shah II1602 - 1625
13Sultan Rijaluddin Muhammad Shah1625 - 1651
14Sultan Muhyiddin Mansur Shah1651 - 1661
15Sultan Dziaddin Mukarram Shah1661 - 1687
16Sultan Ataullah Muhammad Shah II1687 - 1698
17Sultan Abdullah Mu'adzam Shah1698 - 1706
18Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I1706 - 1709
19Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II1710 - 1778
20Sultan Abdullah Mukarram Shah1778 - 1797
21Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II1797 - 1843
22Sultan Zainal Rashid Al-Mu'adzam Shah I1843 - 1854
23Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah1854 - 1879
24Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II18791881
25Sultan Abdul Hamid Halim Shah1881 - 1943
26Sultan Badlishah1943 - 1958
27Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah1958 - sekarang

jumbli emas, Daulat Tuanku.