˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙the best owner's club @ Pendang˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●•٠·˙
Tuesday, December 28, 2010
Saturday, December 25, 2010
Proton Roadshow (Jelajah 1 Malaysia) 2010
Iringan Doa2 apabila mengakhiri Tahun 2010, dan memulakan Tahun Baru 2011.
kepada Smail FamilyShips |
Assalamualaikum wmbt.
DUA PULUH SEPULUH, bakal ditinggalkan, hanya tinggal lagi 5 hari kita akan meninggalkan zaman 2010, meninggalkan kenangan lama,sejarah hitam, peristiwa buruk dan kini mulakan alam yang baru, bak kata pendek, buka buku baru, buku lama simpan as memory. Pejam celik-pejam celik, DUA PULUH SEBELAS, bakal menjelma, usia juga kian meningkat., apatah lagi jangkauan masa hidup di dunia pun belum tahu, Hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui. "Kita Hanya Merancang, Yang Menentukan Segalanya Adalah Allah s.w.t". Apabila tibanya tahun baru,hendaklah kita berniat yang baru untuk masa hadapan supaya lebih cerah, diperbanyakkan rezeki, panjangkan usia, dipermudahkan segala urusan dan tidak teragak2 untuk membuat kesimpulan diri sendiri. Disini Smail Familyships akan memberi sedikit doa2 akhir dan juga awal tahun.
Dengan Iringan doa: Semoga Allah menerima taubat kita dan
menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa dan beramal soleh.
Amin
Doa Akhir & Awal Tahun
DOA Akhir Tahun dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah
Berikut ialah doa akhir tahun:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekelian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Ya Allah, wahai Tuhanku, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya dan Engkau berlembut tidak mengazabkan aku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas menceburkan diri melakukan maksiat itu.
Sesungguhnya aku memohon keampunan-Mu, maka ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhainya dan Engkau janjikan ganjaran pahalanya.
Maka aku memohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.
Doa Awal Tahun dibaca tiga kali selepas maghrib pada malam satu Muharam
Berikut adalah Doa Awal Tahun:
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekelian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, sedia ada, tiada permulaan.
Kelebihan-Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, aku mohon kepada-Mu agar terpelihara di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.
Aku juga bermohon kepada-Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Aku mohon juga kepada-Mu akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diriku kepada Mu.
Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia, Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat.
Smail FamilyShips ingin mengambil kesempatan disini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011, semoga di tahun yang baru ini akan memberikan kita kejayaan dan dimurahkan rezeki. Amin.
۩۞۩۩۞۩:: Happy New Year :: ۩۞۩۩۞۩
Sejarah Awal Kedah Darul Aman
Perkembangan sejarah awal Negeri Kedah dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia adalah disebabkan oleh kedudukan ilmu alamnya yang begitu strategik di rantau ini. Dipandang dari sudut prasejarah, sekurang-kurangnya Semenanjung Malaysia disifatkan sebagai jambatan atau landasan yang dilalui oleh manusia di dalam proses migrasi dari utara ke selatan dan seterusnya ke kepulauan Asia Tenggara dan Pasifik.
Kemudian tatkala perdagangan maritim berkembang dengan pesatnya, Semenanjung ini telah memainkan peranan yang penting sekali kerana kedudukannya di pertengahan antara dua pusat perdagangan yang besar di masa itu iaitu India dan negara-negara Arab di sebelah barat dan NegeriChina di sebelah timur. Di kala pelayaran laut hanya bergantung kepada tiupan angin monsun, dan sementara menunggu pertukaran haluan tiupan angin tersebut, Semenanjung Malaysia telah dijadikan bukan sahaja tempat berteduh tetapi juga sebagai tempat untuk membuat pertukaran dagangan mereka.
Dilihat dari sudut yang tersebut di atas, kita dapati Negeri Kedah mempunyai beberapa keistimewaan yang tersendiri yang secara tidak langsung telah menghasilkan keunikan perkembangan sejarah yang dilaluinya. Gua-gua batu kapur yang merupakan tempat tinggal atau tempat persinggahan masyarakat zaman prasejarah banyak terdapat di daerah-daerah Kubang Pasu, Kota Star dan Baling. Apa yang lebih menarik ialah terdapatnya sebuah gunung yang tersergam indah di persisiran pantai yang dipercayai telah menjadi landmark kepada pelayar-pelayar yang melalui Lautan Hindi di zaman yang silam. Di samping itu, Negeri Kedah juga boleh dihubungi melalui jalan darat dengan negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia tanpa menghadapi kesulitan (Wheatley 1961 : xxvi ; Braddle 1980 ).
Keseluruhan faktor-faktor yang tersebut di atas dengan sendirinya menunjukkan keagungan sejarah yang telah dilalui oleh Kedah khasnya dan Semenanjung Malaysia amnya.
Pada masa kejayaan Srivijaya, negeri ini telah dipilih sebagai ibu negeri iaitu sejak masa Sri Maravijayottunggavarman berdasarkan pahatan padaLarger Layden Plates sampai pada masa Sangrama Vijayottunggavarman yang kemudian ditawan oleh Rajendra Chola I seperti yang disebut pada batu bersurat Tanjore.
peta negeri kedah, jelapang padi, kemegahan kami. |
jumbli emas, Daulat Tuanku. |
Subscribe to:
Posts (Atom)